Terma dan Syarat JY Homestay Teluk Batik
JY Homestay hanya menerima tetamu Muslim yang sudah berkeluarga.
JY Homestay sesuai untuk 2 keluarga dengan kapasiti 6 - 12 orang.
Para tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa berada di dalam homestay atau di luar homestay.
Para tetamu mesti mengawasi pergerakan anak-anak untuk mengelakan sebarang perkara tidak diingini.
Para tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan peralatan, perabot dan barangan homestay yang digunakan sama ada di dalam atau di luar homestay.
Pastikan semua suis elektrik dan peralatan eletrik dimatikan atau ditutup (switch off) apabila hendak keluar meninggalkan homestay.
Pelihara adab dan tingkah laku demi keselesaan anda dan kejiranan setempat.
Pelihara kebersihan homestay dan kawasan sekitar demi keselesaan anda dan kejiranan setempat.
Para tetamu dan kanak-kanak dilarang menghampiri tangki kumbahan dan kawasan tali air berhampiran homestay.
Sila patuhi masa check in dan check out di homestay. Masa check in pada jam 2 petang (14.00) dan masa check out jam 12 tengah hari (12.00)
Pihak JY Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang musibah yang menimpa tetamu semasa berada di dalam homestay atau di luar homestay.
Pembayaran deposit perlu dibuat untuk tempahan dan bayaran penuh semasa masuk ke tempat penginapan.